Friday, October 2, 2009

Kosong

Sudah lama rupanya aku x melawat blog ni…..

Tetiba jer terasa nak menulis. Macam lagu dalam blog ni…perasaan aku pada ketika ini agak celaru dan terasa terlalu kosong. X tahu apa yang perlu difikirkan. Bila lah perasaan sebegini akan berlalu.sedih….dan semacam yang sewaktu dengannya. Pemergian arwah abah begitu berkesan dalam hidupku. Pemergian yang tidak disangka..begitu menyakitkan rupanya.Walaupun sukar untuk aku terima namun aku redha dengan ketentuan Yang Maha Esa…Mungkin Dia lebih menyayangi abahku lebih dariku ..semoga rohnya sentiasa diberkati dan sentiasa bahagia di sana…Berikanlah kekuatan untukku jua untuk meneruskan perjuangan di dunia ini.

Wednesday, February 18, 2009

Jasa Bonda

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

( ulang 2 & 1 )

Air Mata Keinsafan

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim

Pelancongan ke Tempat-Tempat Menarik di Malaysia

Saya ingin berkongsi pengalaman saya melancong ke beberapa tempat di Malaysia yang saya rasakan amat menarik..ia merupakan saat-saat yang menarik dan indah kerana berpeluang untuk melawat beberapa tempat pelancongan yang ada kelebihan tersendiri..Tambahan pula saya seorang yang suka melancong dan peluang yang ada ini amat bermakna pada saya.cerita yang selanjutnya saya lampirkan di bawah ini....

Pelancongan Ke Genting Highlands Bersama Keluarga Tercinta..

Saat- saat melancong bersama keluarga saya dan keluarga ibu saudara saya di Genting Highlands merupakan peristiwa yang amat bermakna kepada saya kerana detik seperti ini sukar diperolehi kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan tersendiri. Selain itu, saya juga berpeluang untuk menaiki kereta kabel untuk ke puncak Genting Higlands walaupun ia agak menakutkan. Suasana yang sejuk dan berkabus juga dapat saya rasai semasa berada di sana kerana kedudukannya yang tinggi. Saya juga berpeluang untuk mencuba pelbagai permainan indoor dan outdoor yang terdapat di sana. Antaranya adalah pirate ship, monorail, bumper boat, space shot, corkscew dan sebagainya. Ia agak mencabar namun perasaan ingin mencuba menyebabkan saya abaikan perasaan takut yang dirasai..Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan semasa berada di sana...

Bersama keluarga di satu kawasan indoor game

Ini adalah gambar yang diambil semasa mencuba salah satu

permainan outdoor di sana

Ini pula adalah semasa mencuba permainan space shoot....ngeri....

Satu pemandangan yang sempat dirakamkan semasa berada di sana